Sunday 27 February 2011

TAJUK:
Sejarah dan Kegiatan Dakwah Imam Dollah Bin Mat Deris
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151
DISEDIAKAN OLEH:
Sulihasmiza Binti Mohd Yusof
No Matrik : 2010415346
Kumpulan: BMB2Bc
PROGRAM:
Ijazah Pengurusan Perniagaan
( Pengurusan Sumber Manusia ) ( BM223 )
TARIKH HANTAR:
28 Februari 2011
TARIKH BENTANG :
22 Februari 2011


ISI KANDUNGAN

1. Pendahuluan
2. Abstrak
3. Konsep
4. Latar Belakang
5. Peranan
6. Kenangan manis dan kenangan pahit
7. Cabaran dan halangan
8. Masalah
9. Sumbangan
10. Harapan
11. Maksud mubaligh
12. Penutup
13. Rujukan

Sejarah dan Kegiatan Dakwah Imam Dollah Bin Mat Deris

PENDAHULUAN
سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan bantuan dari keluarga, rakan-rakan dan juga tidak lupa kepada ustaz Abd Aziz, tugasan yang telah diamanatkan kepada saya akhirnya dapat disiapkan tepat pada masanya.  Alhamdulillah sepanjang menjalankan kajian dan temuramah mengenai kerja kursus ini, saya tidak mengalami sebarang masalah, semuanya berjalan dengan lancar. Kerjasama daripada imam yang ditemuramah juga amat memberangsangkan.
Esei ini ditulis kursus bagi menghargai jasa imam yang banyak berjasa di kawasan saya dan juga telah banyak melakukan pembaharuan di kawasan dalam melahirkan umat islam yang sejati serta masyarakat yang dihormati. Oleh itu, saya memilih beliau disebabkan rasa hormat dan kagum dengan semangat dan  kecekalan beliau untuk terus memakmurkan umat islam dan juga untuk terus mempertahankan agama islam sebagai agama yang dihormati. 
Harapan saya semoga dengan kisah imam yang saya muatkan dalam kerja kursus ini dapat dijadikan panduan dan contoh kepada generasi akan datang dalam mengharungi liku-liku hidup sebagai umat islam untuk terus mempertahankan agam islam agar terus dihormati dan di ikuti oleh orang ramai serta dapat  menarik minat mereka untuk terus mendalami dan mempelajari tentang islam. Selain itu, dengan ini diharap dapat melahirkan umat islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari semua aspek tidak kira sama ada di dunia ataupun di akhirat. InsyaALLAH.
ABSTRAK
Imam merupakan satu kerjaya yang amat mulia dari sisi agama tetapi kerjaya ini tidak begitu menyerlah kerana ramai orang yang mengambil mudah tentang kerjaya ini. Bagi mereka kerjaya ini tidak mendatangkan hasil yang memuaskan. Tetapi sebenarnya banyak kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kerjaya imam.
Kerjaya imam ini tak semestinya kita menjadi imam kepada makmum saja tetapi kita juga dapat menyampaikan maklumat atau ilmu yang kita ada kepada orang ramai serta dapt sama-sama memakmurkan lagi masjid sebagai pusat islam dalam menyampaikan ajaran dan suruhan Allah. Selain itu, kita dapat sama berkongsi dengan orang ramai tentang kelebihan yang ada pada agama islam serta dapat berkongsi tentang isi kandungan ajaran islam yang boleh diikuti dan perlu diikuti serta jauhkan diri dari perkara-perkara yang dilarang dalam islam. Dengan ini, dapat menarik minat mereka untuk mendalami  agama islam serta dapat menyebarkan agama islam yang merupakan agama Allah ini kepada orang ramai supaya dapat dijadikan sebagai ikutan dan panduan  kepada generasi akan datang.
Oleh itu, sama-samalah kita berusaha untuk terus menarik minat orang ramai supaya dapat menjadikan masjid sebagai tempat ibadat di samping menyebarkan agama Allah ini secara meluas lagi supaya dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat dan juga bangsa bagi melahirkan umat islam yang bukan saja berjaya di dunia malahan juga di akhirat. Dan sama-samalah kita terus-terusan melakukan kebaikan sebelum terlambat yakni sebelum kita dipanggil untuk mengadap Allah.
KONSEP
Imam dalam bahasa Arab : إمام yang bererti pemimpin. Dalam erti biasa Imam adalah individu yang dilantik bagi memimpin golongan para jemaah ketika melakukan ibadah solat atau amal kebaikan sesama umat manusia secara ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran selain untuk mendapatkan keredhaan dari Allah. Erti lain bagi imam ialah mereka yang diberi kepercayaan menjadi pemimpin bagi satu kumpulan untuk memimpin ke jalan yang benar dan diredhai Allah atau golongan ini juga dikenali sebagai khalifah.
LATAR BELAKANG
Nama beliau ialah Dollah Bin Mat Deris. Beliau dilahirkan pada tahun 1947 di Kampung Mentera, Kota Bharu, Kelantan. Sekarang beliau berumur 64 tahun. Beliau mempunyai seorang isteri. Sebelum ini, beliau pernah mendirikan rumah tangga tetapi arwah isteri beliau telah meninggal dunia. Selepas itu, beliau telah mendirikan rumah tangga dengan isteri beliau yang sekarang ini. Dengan arwah isteri yang pertama beliau telah dikurniakan empat orang anak dan lapan orang anak dengan isteri yang kedua.  Beliau merupakan seorang ayah yang tegas dalam mendidik anak-anak beliau dan merupakan seorang yang mementingkan agama. Beliau sentiasa mendorong anak-anak beliau untuk mendalami agama dengan lebih mendalam dan sentiasa menanam sifat cintakan agama dalam diri anak-anak beliau. Beliau juga sering mengingatkan anak-anak beliau tentang mati supaya mereka tidak terlalu lalai dalam menjalani kehidupan seharian. Semua anak-anak beliau di hantar ke sekolah agama supaya mereka dapat belajar tentang asas-asas dalam islam selain didikan dari beliau sebagai orang tua yang ingin melihat anak nya berjaya dalam hidup. Beliau telah memulakan pengajian sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Mentera. Selepas itu, beliau telah melanjutkan pengajian beliau ke Sekolah Pondok Padang Luas.
PERANAN
Disebabkan minat beliau yang begitu mendalam untuk menjadi seorang imam, beliau telah memulakan karier beliau sebagai imam selepas menghabiskan pengajian beliau di sekolah pondok iaitu dalam tahun 60-an. Beliau telah menjadi iman selama lebih 40 tahun. Beliau mewarisi minat untuk menjadi imam dari arwah datuk beliau. Sifat-sifat yang dimiliki oleh beliau banyak di warisi dari datuk beliau. Walaupun beliau merupakan seorang yang kurang upaya tapi beliau masih lagi meneruskan minat  beliau untuk menjadi seorang imam. Semua itu tidak pernah menjadi halangan kepada beliau untuk meneruskan minat beliau. Beliau mengaggap itu semua sebagai satu cabaran untuk beliau terus kuat. Beliau memilih untuk menjadi imam disebabkan oleh minat beliau yang mendalam terhadap agama islam dan keinginana untuk berkongsi ilmu yang beliau perolehi ketika belajar di sekolah pondok dengan orang ramai denagan harapan supaya mereka dapat menerima ilmu yang disampaikan oleh beliau kemudian menyampaikan ilmu tersebut kepada lebih ramai lagi orang tanpa mengira usia, dari kanak-kanak hingga kepada orang yang berumur atau lebih tepat lagi kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami ilmu agama islam.
Beliau tidak hanya menjadi imam di sesebuah madrasah saja tapi beliau juga turut dijemput untuk menjadi imam di kawasan luar dari kampung beliau terutamanya apabila dijemput ataupun beliau menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi imam. Beliau tidak hanya mengunjungi kawasan tersebut dengan tangan kosong tetapi beliau turut  menyediakan ilmu untuk dikongsi dengan penduduk di situ. Selepas selesai menunaikan solat, beliau akan menyampaikan sedikit ceramah. Antara tajuk-tajuk atau topik-topik yang sering di bincangkan atau dikongsi dengan orang ramai adalah berkenaan dengan solat, hari akhirat dan mati. Itu adalah antara topik-topik utama yang sering kali dibincangkan setiap kali beliau di jemput untuk memberi ceramah. Berkenaan solat beliau akan membincangkan tentang cara-cara solat yang betul serta bacaan yang betul disertai dengan tajwid dan tarannum yang betul dalam solat dan di sertai dengan contoh-contoh yang membolehkan mereka faham tentang apa yang ingin disampaikan oleh beliau.
Di samping itu beliau juga berkongsi tentang azab-azab yang akan dikenakan sekiranya kita meninggalkan solat,  melambatkan solat, dan pelbagai azab lagi yang berkaitan dengan solat. Beliau juga berkongsi tentang jenis-jenis solat dan kebaikannya. Antaranya ialah solat sunat tahajjud, solat sunat istiqarah, solat sunat taubat, solat sunat tarawih, solat sunat dhuha dan banyak lagi. Sebagai salah satu contohnya ialah solat sunat tahajjud, solat sunat tahajjud bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling utama dilaksanakan solat tahajud adalah satu pertiga malam terakhir iaitu bermula jam 3 pagi hingga masuk waktu Subuh.
Dalil disyariatkan solat tahajud ini adalah sebagaimana firman Allah SWT:
     “Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79)


Di antara fadhilat daripada solat sunat tahajjud ialah :
1.Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.


Hadis riwayat Bukhari. ;
عنْ عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلَاتُهُ
Dari Ubadah bin Shamit RA dari Rasulullah SAW : Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengucap "Tiada Tuhan selain Allah. Tidak ada sekutu baginya. Dia Pemilik Kerajaan dan segala puji hanya untukNya. Dia Maha Kuasa. Segala pujian hanya untuk Allah. Segala Keagungan hanya untuk Allah. Tiada tuhan selain Allah. Allah Maha Besar. Tiada daya dan kuasa kecuali dengan izin Allah." Kemudian mengatakan ""Ya Allah Ampunkan Kami" atau berdoa kepada Allah, maka doanya akan dikabulkan dan apabila dia berwudhuk dan mengerjakan solat malam (tahajjud), maka solatnya akan diterima.

Manakala berkenaan akhirat pula beliau sering bercerita ataupun berkongsi tentang mati. Beliau sering kali mengingatkan tentang mati, setiap hari kena kena ingat mati supaya kita tidak terlalu bergembira dan bersenang hati sehingga membuatkan kita lupa dan lalai untuk ingat tentang mati. “ Bila kita akan mati “, itulah ayat yang beliau sentiasa inginkan kita untuk ingat. Ini adalah disebabkan oleh bila kita sentiasa ingat mati, ia akan mendorong kita untuk terus-terusan melakukan kebaikan seperti bersedekah, menghormati orang tua, dan yang paling penting sentiasa ingat Allah s.w.t . Selain itu, kita juga dinasihatkan untuk menjauhi perbuatan-perbuatan yang mungkar dan dilaknat oleh Allah s.w.t  antaranya ialah zina, mengumpat, mencuri, menderhaka kepada ibu bapa dan banyak lagi. Perbuatan tersebut amat tidak disukai oleh Allah s.w.t, oleh itu kita haruslah segera bertaubat dan memohon kepada  Allah s.w.t supaya diampunkan serta memohon maaf daripada sesiapa yang telah kita lakukan kesalhan terhadap mereka. Antara taubat yang paling baik ialah taubat nasuha.
 Taubat nasuha merupakan satu taubat yang dilakukan bersungguh-sungguh dengan menyesali segala perbuatan dosa dan maksiat yang dilakukan dan berusaha untuk menghentikan dan meninggalkan maksiat. Bartaubat dengan rasa ikhlas hati dan mengharap keampunan rahmat kasih sayang daripada Allah. Apabila dosa itu ada hubungan dengan hak manusia maka taubatnya di tambah syarat seperti meminta maaf sesama insan dan menggantikan atau memulangkan semula barang yang dicuri sekiranya ada. Renungilah sepotong ayat suci Al-Quran tentang taubat:.
Hai orang-orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan melakukan taubat yang sebenar-benarnya. Mudah-mudahan Allah menghapuskan kesalahan kamu.
(Surah Al-Tahrim : Ayat 8)
Inilah erti taubat nasuha iaitu seseorang hamba kembali kepada Allah dengan penuh rasa pengharapan dan dengan penuh rasa tulus ikhlah hati mudah-mudahan Allah menerima taubatnya dan mengampuni segala dosa silamnya. Bagaimana pula dengan taubat yang di tolak oleh Allah? Mari kita renungi bersama sepotong ayat suci Al-Quran tentang taubat:

Hanyalah Tuhan menerima taubat daripada orang yang mengerjakan kejahatan kerana kebodohan, kemudian dia kembali bertaubat dengan segera. Sebab itu Allah menerima mereka kembali, dan Allah itu Maha Mengetahui dan Bijaksana. Dan tidaklah diterima taubat orang mengerjakan kejahatan apabila sampai kematian kepada salah seorang daripada mereka barulah mereka berkata ”aku bertaubat sekarang”. Dan tidak pula diterima taubat orang yang meninggal dunia dalam kekafiran. Bagi mereka kami sediakan seksaan yang pedih.
(Surah An-Nisa : ayat 17-18)

Inilah taubat yang tidak diterima oleh Allah iaitu taubat yang dilakukan diambang hampir kematian iaitu dalam keadaan tenat nazak. Dan demikian juga taubat yang dilakukan matinya dalam keadaan kafir. Oleh itu renung-renungkan lah.

  Di samping itu, beliau juga sentiasa menyuruh kita berfikir tentang berapa banyak kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan pada setiap hari. Kita sentiasa diingatkan untuk berfikir supaya kita dapat memperbaiki kesalahan kita dan meningkatkan lagi amalan kebaikan kita. Selain itu, beliau juga ada mengingatkan kita tentang berapa kalikah malaikat Atid dan Ratid datang mencatat amalan kebaikan dan keburukan yang kita lakukan pada hari ini, amalan manakah yang paling banyak dicatat untuk hari ini, kebaikan atau keburukan ? Di tangan manakah  paling banyak di catat amalan untuk hari ini, kanan atau kiri ? Itulah antara soalan yang seringkali dingatkan oleh beliau supaya kita sentiasa berfikir dan ingat tentang segala yang berlaku untuk dijadikan sebagai pengajaran.
KENANGAN MANIS DAN PAHIT
Selama beliau menjadi imam, banyak kenangan manis dan pahit yang telah dialami oleh beliau. Antara salah satu daripada kenangan manis ialah beliau dan penduduk-penduduk kampung  sama-sama berganding bahu membaik pulih beberapa buah madrasah di kawasan kampung disebabkan oleh semakin ramai penduduk kampung yang mengerjakan solat lima waktu mereka di madrasah. Selain itu, mereka juga banyak menghabiskan waktu mereka di madrasah dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t seperti membaca al-quran, mengerjakan solat sunat. Selain itu, madrasah itu juga dijadikan tempat untuk mengajar kanak-kanak, remaja atau sesiapa yang berminat membaca al-quran. Sambutan yang diterima juga sangat memberangsangkan, ini menunjukkan yang masih ramai kanak-kanak yang berminat untuk mempelajari dan membaca al-quran. Sebagai seorang imam di kampung itu, beliau telah memilih beberapa orang guru al-quran untuk mengajar membaca al-quran di kampung itu secara sukarela. Guru-guru yang di pilih itu merupakan dari golongan bijak pandai yang memang berkebolehan dalam hukum-hukum tajwid dan lagu-lagu tarannum. Kadang-kadang beliau yang akan turun padang sendiri untuk mengajar.
 Antara kenangan pahit pula ialah ilmu yang disampaikan oleh beliau sering di pandang rendah oleh anak-anak muda sekarang sehingakan untuk melihat kelibat anak muda di masjid pun susah apatah lagi di madrasah-madrasah. Beliau sering kali menasihati mereka tapi semuanya bagaikan masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Segala nasihat beliau hanya di pandang remeh oleh mereka.  Selain itu, niat beliau untuk berkongsi ilmu juga sering disalah ertikan oleh orang ramai. Malahan, mereka juga turut memperlekehkan kebolehan beliau. Selain itu, anak –anak beliau juga turut di musuhi disebabkan pemikiran sesetengah orang yang tidak matang dalam menguruskan sesuatu. Disebabkan oleh masalah yang dicipta oleh mereka sendiri, mereka sanggup bermusuh dengan sesama umat islam yang hidup diatas bumi Allah ini walhal mereka sebenarnya inginkan perhatian dan sokongan supaya dapat membimbing mereka. Disebabkan itulah mereka mencipta semua masalah yang sebenarnya dari diri mereka sendiri yang kurang didikan dan perhatian. Untuk berdepan dengan  golongan seperti ini, beliau perlu menyiapkan diri beliau dari semua aspek terutamanya mental dan fizikal kerana untuk berdepan dengan mereka yang sudah berumur  ini, perlu tahap kesabaran yang tinggi supaya dapat berkomunikasi dengan mereka secara baik dan dapat menyelesaikan segala kekusutan yang beraja di hati mereka.
 CABARAN DAN HALANGAN
Di sebalik kerjaya mulia beliau sebagai seorang imam, banyak cabaran dan halangan yang terpaksa beliau harungi.Beliau merupakan orang kurang upaya ( OKU ), kaki beliau tempang sejak kecil gara-gara kelalaian pengasuh beliau yang cuai ketika memandikan beliau dan mengakibatkan beliau terjatuh. Ketika itu, beliau baru berusia lebih kurang 2 bulan. Sekarang beliau terpaksa bergantung hidup beliau dengan motosikal empat roda untuk bergerak ke mana-mana, terutamanya untuk ke masjid-masjid dan sebagainya. Tanpa motosikal itu,susah untuk beliau bergerak kemana-mana, selain itu beliau juga tidak akan dapat  meneruskan minat beliau jika pergerakan beliau terbatas. Beliau juga tidak akan dapat menyumbangkan ilmu beliau untuk mengajar murid-murid di sekolah mara membaca al-quran dan kitab-kitab Allah. Beliau memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk mengajar murid-murid beliau kerana kedegilan dan kenakalan mereka. Selain itu, ada sesestengah murid yang mengambil masa yang lama untuk mengikuti apa yang diajar oleh beliau. Jadi, beliau terpaksa menggunakan cara dan langkah yang paling efisien bagi menarik minat murid beliau dan  memudahkan mereka untuk mengingati setiap apa yang diajar oleh beliau. Disebabkan minda kanak-kanak yang kreatif , beliau menggunakan melodi lagu bagi memudahkan mereka untuk ingat setiap baris dan ayat-ayat al-quran yang diajar. Jika hari hujan ataupun perkara-perkara yang tidak dapt dijangka berlaku, antaranya jika motosikal beliau rosak ,bocor dan sebagainya, beliau terpaksa menghampakan murid-murid beliau kerana tidak dapat mengajar mereka.
Selain itu, beliau juga terpaksa mengharungi rintangan dari orang ramai yang tidak mahu menerima ilmu yang disampaikan oleh beliau malahan mereka juga sering mengejek dan mencaci beliau disebabkan kaki beliau yang tempang. Beliau pernah menjadi imam kepada beberapa orang makmun sahaja disebabkan oleh sifat pandang rendah yang ada dalam diri orang ramai terhadap beliau. Mereka tidak yakin dengan ilmu dan kebolehan yang dimiliki oleh beliau, disebabkan kekurangan yang dimiliki oleh beliau. Tetapi itu semua menjadi semangat dan member kekuatan kepada beliau untuk terus menarik minat oranag ramai terhadap islam dengan menganjurkan aktiviti- yang dapat menarik minat orang ramai mendekati islam dan juga masjid yang merupakan rumah Allah. Antaranya ialah, mengadakan jamuan, bacaan al-quran secara beramai-ramai, dan banyak lagi. Selain itu, beliau juga memberi pendekatan mengenai islam kepada mereka secara perlahan-lahan supaya  mudah untuk mereka menerimanya. Beliau tidak sama sekali menggunakan paksaan untuk menarik minat orang ramai. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. 
MASALAH YANG DIHADAPI
Selain itu, beliau banyak mengalami masalah sepanjang menjadi imam. Antaranya ialah makmun- makmun yang tidak membaca dan menyebut bacaan dalam solat dengan betul. Untuk memastikan mereka membaca dan menyebut dengam betul, beliau akan menyuruh setiap orang daripada mereka untuk membaca bacaan dalam solat dimulai dengan al-fatihah sehinggalah bacaan semasa tahiyyatul akhir sehiggalah betul bacaan dan sebutan mereka. Kemudian, beliau juga akan menunjukkan cara bacaan dan sebutan yang betul kepada mereka.
Di samping itu, beliau juga mempunyai masalah dengan orang-orang yang malas ke masjid. Untuk mengatasi masalah tersebut, beliau akan berusaha semampu mungkin untuk menasihati mereka sehinggalah terbuka hati mereka untuk ke masjid. Selain itu, beliau juga akan mengingatkan mereka tentang hari mati. Hal ini bagi mengingatkan mereka dan juga untuk kita semua bahawa tidak semestinya sakit baru akan mati tapi bila-bila masa saja malaikat sakaratul maut boleh mengambil nyawa kita apabila ajal kita sudah sampai atau apabila Allah s.w.t  sudah memanggil kita. Oleh itu, sebagai umat islam kita haruslah sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada-NYA. Apatah lagi apabila hari khiamat sudah semakin dekat, jadi kita haruslah sentiasa berusaha untuk memperbanyakkan amalan-amalan kebaikan kita sebagai umat islam yang diberi kesihatan dan mampu untuk melaksanakan amalan-amalan kebaikan terhadap-NYA. Oleh itu, untuk melengkapi iman kita sebagai seorang muslim kita haruslah sentiasa menjejakkan kaki kita di rumah Allah s.w.t supaya kita akan diberkati oleh-NYA.
SUMBANGAN
Antara sumbangan beliau kepada orang ramai ialah,beliau akan mengajar pelajar-pelajar di Sekolah Mara Pasir Tumboh, Kelantan membaca al-quran dua kali seminggu. Beliau mengadakan kelas tersebut pada waktu malam kerana pada waktu pagi pelajar-pelajar tersebut akan menghadiri kelas harian biasa. Beliau ke sana dengan menaiki motosikal yang disediakan khas untuk orang kurang upaya, tanpa motosikal tersebut beliau susah untuk bergerak ke mana saja. Sebagai seorang mubaligh, beliau akan sentiasa mencuba untuk memenuhi permintaan pelajar-pelajar beliau sebaik mungkin dengan sentiasa memastikan yang beliau akan menghadiri kelas tersebut supaya pelajar-pelajar beliau tidak ketinggalan dalam pengajian mereka. Beliau juga sering menasihati mereka supaya dapat mengimbangi antara ilmu dunia dan ilmu akhirat dan memastikan mereka tidak lalai dalam menjalani kehidupan sebagai remaja yang sedang membesar dan sering di duga dengan pelbagai masalah. Penerimaan daripada pelajar-pelajar di sekolah itu juga amat memberangsangkan sehingga membuatkan beliau merasa berbaloi dan teruja untuk mengajar mereka. Mereka juga amat menghormati beliau sebagai seorang guru al-quran dan sentiasa memberikan komitmen yang baik dan kerjasama yang amat memberangsangkan kepada beliau supaya usaha beliau untuk mengajar mereka berbaloi. Niat beliau adalah untuk menambahkan dan meramaikan lagi pelapis-pelapis yang bakal menggantikan beliau dan imam-imam yang sudah berumur untuk  masa akan datang. Selain harapan beliau terhadap anak-anak beliau, beliau juga turut menaruh harapan yang tinggi supaya murid-murid beliau dapat menjadi tokoh agama yang berbakti kepada umat islam. 
HARAPAN
Harapan beliau ialah semoga orang ramai akan lebih terbuka hati untuk untuk menjadikan rumah Allah sebagai tempat untuk mereka beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.  Dengan ini, rumah Allah akan bertambah meriah dengan dipenuhi ramai orang dengan niat untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t . Selain itu, beliau juga juga amat berharap semoga orang ramai akan selalu mengimarahkan masjid dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi kebaikan kepada semua orang serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat islam. Antaranya ialah seperti mengadakan gotong-royong, morih, menjemput penceramah-penceramah terkenal serta banyak lagi. Selain itu, membuat jamuan secara kecil-kecilan untuk menjamu penduduk kampung bagi meraikan mereka yang datang dari keluarga yang susah supaya mereka tidak merasa di sisihkan.
Di samping itu, beliau juga berharap semoga selagi ajal belum tiba dan selagi matahari belum terbit di ufuk barat maka rebutlah peluang kembali kepada Allah dengan bertaubat kepadaNya dan memohon ampun kepada Nya dari segala kesilapan dan kejahatan yang telah dilakukan. Setinggi gunung dosa yang dilakukan dan sebesar laut kejahatan yang dilakukan, namun segeralah bertaubat kerana rahmat dan kasih sayang Allah meluas umpama langit yang tiada penghujungnya. Betapa rindunya Allah mendengar rintihan keluh kesah dari hambanya yang ingin bertaubat dan memohon ampun padanya. Ingatlah dan yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat hamba-hambanya. Renungilah sebuah hadis dari Nabi Muhammad s.a.w iaitu :

Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambanya selama nyawanya belum sampai di kerongkong.(Hadis Riwayat Tarmizi)

Lihatlah betapa kasih dan sayangnya Allah kepada hambaNya. Allah tetap menerima taubat selagi nyawanya belum sampai di kerongkong. Maksudnya di usia ini samaada yang muda atau tua. Ataupan yang sedang sihat atau yang sedang sakit sampai belum di tahap nazak sentiasalah ingat kepada Allah dan bertaubat lah kepadaNya sebelum roh berpisah daripada jasad. Roh kembali kepada Allah dan akan dipersoalkan tentang apa yang dilakukan di alam dunia. Jasad kembali ke tanah dan hancur sedikit demi sedikit dimamah bumi kecuali jasad yang terpelihara oleh Allah.


MAKSUD MUBALIGH
Mubaligh  ialah ahli kumpulan agama yang dihantar ke luar negeri untuk menyebarkan ajaran agama mereka melalui dakwah, pendidikan, khidmat sosial dan sebagainya. Perkataan "mubaligh" berasal dari bahasa Arab iaitu, مبالغ  yang bermaksud "berlebihan" atau "berluasan", yang menakrifkan usaha memperluaskan penyebaran agama oleh orang yang bergelar mubaligh.
PENUTUP
Kesimpulannya, sebagai umat islam yang diberi kesempatan untuk terus bernafas dan terus menikmati hidup di dunia ini, kita seharusnya bersyukur kepada-NYA di atas kurniaan nikmat kepada kita. Oleh itu, kita haruslah selalu mendekatkan diri kepada-NYA dengan niat dan tujuan yang di redhai-NYA.

Selain itu, kita juga haruslah sentiasa mengingatkan diri kita tentang hari mati kerana jika adanya hidup pasti akan ada mati. Tidak selamanya kita akan terus menikmati hidup diatas dunia ini, kerana ini semua adalah pinjaman kepada manusia sebelum kita dipanggil untuk mengadap Allah s.w.t dengan membawa segala amalan yang telah kita lakukan di dunia ini, tidak kira sama ada amalan kebaikan atau keburukan.

Oleh itu, bagi menghargai peluang dan kesempatan yang telah diberi kepada kita untuk terus bernafas, kita haruslah mengisi sebaik yang mungkin peluang tersebut dengan mendekatkan diri kepada  Allah s.w.t dengan terus-terusan melakukan kebaikan di dunia ini dan menjauhkan diri dari melibatkan diri atau mendekatkan diri dengan perkara-perkara yang dilarang Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih.

RUJUKAN

Temubual
Dollah Bin Mat Deris (2011) Kota Bharu, Kelantan

Laman Web
1.       Ustaz Abd Aziz b. Harjin, ( 2011 )
2.      Suaraonline wordpress
3.      Wikipedia
http://ms.wikipedia.org/wiki/Mubaligh


                                                 IMAM DOLLAH BIN MAT DERIS

MADRASAH KAMPUNG MENTERA,KELANTAN
MADRASAH KAMPUNG TAMBAK,KELANTAN

MASJID KAMPUNG TERAP,KELANTAN